crunk-lyts.com backgrounds!












22 May 2011

22 MAY 2011

Nie lah adeq saya . adeq yang baik hati . die lah yang cantikkan blog saya . kalau tak ada die . mungkin blog saya akan jadi blog palaing buruk . now dah cantik . cantik sgt . thnks sayang sbb snggup tolong kaka kecik yang taktahu psal blog . orang nak buat blog . kaka ko pun nak buat blog jugak . kelakar kelakar . but nasib baik adeq nak tolong kaka .

mood : sayang adeq .

21 MAY 2011















GAMBAR KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

22 MAY 2011

HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.
Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga. 
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.

Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.

Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.

Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.

“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).

“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.

Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.

“Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap,” katanya.

21 MAY 2011

HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam. 
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.

Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.

22 MAY 2011

OHH SYHDA , SHASYA BIEE , NUREENA FARHANA , KAKA ARE'E , KAKA IKA , EIKA , KAKA ATEN DAN SAERA ZAKARIA .

ILOVEYOU SO MUCH

21 MAY 2011 2.15 pm

Takziah atas kematian mangsa tanah runtuh di Felcra Semungkis Batu 14 Hulu Langat . Rumah anak yatim madrasah al taqwa . Kejadian pertama kali berlaku disini . Patutlah tengah hari aku dengar byk ambulance lalu lalang depan rumah aku . aku ingatkan ada kemalangan berlaku . aku mula2 tak syak kejadian tanah runtuh . dlm facebook ramai cakap tanah runtuh di semungkis . aku pikir tanah runtuh biasa2 aje . last2 mkck aku call kata kejadian tanah runtuh terbabit melibatkan 20 orang anak yatim dan 5 orang pejaga . Aku rasa simpati sangat ngan kejadian yang berlaku . aku pun terasa teringin nak tengok . aku ngan bf aku parking kereta rumah aku lepas 2 jalan kaki ke tempat kejadian . sedalam 7km aku berjalan kaki . dah lah gelap . hutan pulak 2 . aku rasa dah seram sejuk lalu but demi nak tengok aku ngan angah snggup jalan . jalan berlecak lecak . gatal2 kaki aku . banyak ambulance,bomba,wartawan . lepas 2 ada helikopter siap pasang lampu . terasa mcm cari penjenayah dah . jalan jem gila . smpai sngupp parking jauh2 dan jalan kaki tengok . ramai sgt orang nak tengok kejadian 2 . aku mendoakan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman . dan kepada keluarga magsa harap tabahkan hati . ALLAH lebih sayangkan mereka . AMIN

mood : turut simpati terhadap mangsa tanah runtuh .

05 April 2011

3 April 11

Happy Anniversary aku bersama my buncit , but ada kejadian berlaku masa tarikh nie , aku sangat kecewa ngan sikap angah , aku tak sangka die boleh buat aku mcm nie , apa dosa aku !!! apa salah aku smpai TUHAN nak memberi dugaan mcm nie kat aku , aku pikir die  nak meraikan but sebalik jadinye , aku betul2 tak sangka , nie mesti disebabkan anak buah die yang bernama HAKIM , aku tahulah die lagy bermakna dari hidup aku but tak sepatutnye die buat aku mcm nie , mcm orang yang tak ada perasaan aje , mcm sampah ,